Revolusi Di Mesir, Air Liur Basi Pula Di Sabah

Orang dok sibuk dengan revolusi di Mesir, tup-tup timbul isu Ketua PKR Negeri Sabah, Pajudin Nordin yang umumkan keluar dari PKR dan sertai Umno Yahudi. Si musang berbulu ayam ini belumpun cukup sebulan pegang jawatan orang no 1 PKR di Sabah, hari ini telah membuat pengumuman untuk keluar PKR dan sertai UMNO dalam satu sidang akhbar petang tadi

Pegumuman itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Memang salah seratus peratus si Pajuddin tu jadi katak. Tapi PKR dan Anwar tetap ada salahnya. Mereka gagal 'tarbiyyah' ahli PKR untuk setia pada parti. Bukan calang-calang ahli PKR, tapi Ketua PKR negeri. Jawatan no. 1 dalam negeri Sabah. Kenapa ianya berlaku?

Kalau nak lantik, pilihlah mereka yang teruji dan terpuji, bukannya spesis katak. Baru lantik sebulan, dan lompat katak seberang ke UMNO..

PKR sepatutnya bermuhasabah. Mereka sepatutnya tahu yang isu ini akan mencalarkan parti mereka dan PR secara tak langsung. Nanti rakyat akan kata," Kalau aku undi PR dalam pilihanraya, nanti mereka akan khianti undi aku juga. Jadi baik tak payah undi PR ni"

Nak ke kita jadi macam tu. PAS dan DAP pasti akan kena tempiasnya. Tengoklah macam kes rampasan kuasa di Perak, semuanya gara-gara PKR (Mesti akan ada ahli PKR akan hentam saya dengan kenyataan ini).

Jadi jalan penyelesaiannya, parti PKR ini perlu segarkan balik parti mereka. Cari titik kelemahan dan atasinya. Jika PKR ni tak nak berubah. Baik keluar dari pakatan dan bergerak secara bersendirian. Dengan itu, PAS dan DAP taklah terkesima dengan gejala katak yang dah membiak dalam PKR ini..

0 comments:

Followers

Blog Archive

Blogger KL, Selangor

Blogger Perak

Rumah untuk di jual di Saujana Utama, Sg Buloh

Rumah teres di Saujana Utama, Sg Buloh.

Rumah 2 tingkat, 20'x70'. End Unit. RM215,000. (Market price rumah intermediate/rumah tengah di situ RM220,000)

Jalan Cemara , SU1.

Hanya 100m ke sekolah kebangsaan & menengah (pintu masuk sekolah)

Hanya 100m ke sekolah agama dan surau dan dekat dengan pasar malam setiap Rabu.

(Jimat duit, tak perlu belanja RM35-40 sebulan per budak utk duit van sekolah)

Dan 100m ke kedai.

Hanya 100m ke Sekolah Tadika Montessori dan Tadika Islam. Terdapat banyak lagi tadika di kawasan situ.

Taska yang terdekat hanya 100m dari rumah juga.

1 km dari stesen minyak Petronas, 1.5km dari stesen minyak Shell. 1.5 km dari hypermarket, Central Mart.

25 min ke Shah Alam off peak hour.

30 min ke Mutiara Damansara; Ikea, Curve, 1 Utama

40 min ke pusat bandar KL.

40 min ke Putrajaya.

Guthrie Highway hanya 1km dari main exit Saujana Utama dan Guthrie Plantation di Jalan Kuala Selangor.

Secara keseluruhannya walaupun rumah itu dekat dengan sekolah, rumah itu 'surprisingly' agak private apabila dibandingkan dgn rumah2 yang menghadap deretan rumah lain. Tambahan lagi, hampir semua tingkap ada skrin magnetik (boleh diselak seperti langsir dan detachable=boleh ditanggalkan dari grille tingkap). Skrin tersebut membolehkan tingkap dibuka pada waktu malam tanpa gangguan nyamuk (jikalau ada) dan pada waktu siang orang di luar rumah tidak mudah nampak mereka yang di dalam.

Lampu jalan pula di hadapan rumah, kawasan rumah terang pada waktu malam.

Pagar rumah ada 'side-gate' untuk kemudahan anak2 keluar ke sekolah.

Driveway muat untuk 2 kereta. Oleh kerana tiada deretan rumah di hadapan rumah tersebut, maka bahu jalan di hadapan rumah boleh di gunakan untuk parking kereta juga.

Rumah in good condition dgn rumput di halaman rumah dalam keadaan terpelihara.

Pagar batu 'solid' di sebelah jiran dan ada bukaan dengan MS grille di sebelah jalan.

Hubungi/ sms : 013-3598445


Popular Posts