Arak : Bingungkan Russia dan UK
>> Saturday, November 14, 2009
Membimbangkan. Itulah kata-kata yang boleh digambarkan terhadap kesan arak di dua buah Negara yang majoritinya umat bukan islam. Bayangkan, hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. Ini merupakan sumber daripada British Crime Survey 2007/08. Juga statistik lain di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak). Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan. Seorang doktor di London menyatakan bahawa purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelumini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak.
Juga dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas. Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Jelas bahawa daripada statistik di atas, araklah punca segala-galanya kepada jenayah. Dalam undang-undang jenayah, mabuk diklafikasikan sebagai dalihan pengecualian perlakuan jenayah. Seperti kanak-kanak, orang gila, khilaf, dan salah anggapan. Tetapi perlakuan jenayah oleh kerana arak, turut disabitkan kesalahan jenayah ini. Tetapi hukumannya adalah kurang, berbanding perlakuan jenayah oleh manusia waras. Ini membuktikan bahawa arak adalah lebih bahaya, berbanding dadah yang hanya libatkan diri mereka dan orang sekitar sahaja.
Di UK, walaupun arak sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakatnya dan identiti bangsanya tetapi wujud juga kawalan terhadap arak ini. Pelbagai teknik kawalan sudah dibuat antara jaualan arak dihadkan hanya pada 10 pagi hingga 10 malam di beberapa kawasan. Juga peraturan pembeli ditegah membuka araknya di kedai menjual arak kecuali di rumah. Bahkan ada juga
undang-undang yang mengehadkan minum hanya di dalam bar dan lain-lain usaha lagi. Tetapi ternyata usaha ini sebenarnya gagal kerana ia sudah sebati dalam kehidupan mereka.
Adakah Arak menjadi ajaran dan fahaman agama mereka.?
Disebutkan di dalam bible :
"Do not get drunk on wine, which leads to debauchery. Instead, be filled with the Spirit" (Ephesians 5:18).
Tidak boleh dapatkan arak, sekiranya ia memabukkan anda. Ajaran Kristian jelas mengajar bahawa boleh meminum arak dengan syarat tidak mabuk kerana mabuk membawa keburukan.
Malah seorang penulis kristian setelah mengulas isu minum arak mabuk dan tidak mabuk mengatakan :
Alcohol is a dangerous chemical. A person may not drive drunk, but we now know that alcohol damages brain cells and other body tissues. And for us parents who have to be concerned about the behaviors we are modeling, abstinence is the best choice
Kebanyakan agama samada melarang terus arak, sebahagian yang lain tidak menggalakkan dan mengehadkannya. Ini dapat dilihat daripada Info dari Wikipedia yang telah menyebut :
" Islam, Sikhism, Jainism, the Bahá'í Faith, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, the Seventh-day Adventist Church, the Theravada and most Mahayana schools of Buddhism, some Protestant sects of Fundamentalist Christianity and Hinduism - forbid, discourage, or restrict the consumption of alcoholic beverages for various reasons. "
Many Christian denominations use wine in the Eucharist and permit the use of alcohol in moderation, while others use unfermented grape juice in the Eucharist and abstain from alcohol by choice or prohibit it outright. Buddhist texts recommend refraining from drugs and alcohol, because they may inhibit mindfulness. Bahá'ís are forbidden from using alcohol or drugs for non-medical reasons. Bahá'u'lláh writes "alcohol leaded the mind astray and causes the weakening of the body." (Wikipedia.org)
Memang benar, terdapat sebahagian ajaran kristian yang membenarkan arak dalam upcara tertentu sebagai yang tercatat di atas, namun pengkajian lebih mendalam akan mendapati kristian terbahagi kepada tiga jenis pandangan dalam hal arak. Tetapi yang jelas, majoriti mereka mengharamkannya.
Maknanya semua agama mengharamkannya kecuali khas bagi penganut kristian yang berpegang kepada harusnya arak dengan syarat dilarang minum sehingga mabuk dan tidak mengganggu hak keselamatan individu lain. Dan di Malaysia, jelas arak sudah berakar umbi dan menjadi budaya ‘tak apa’ di negara ini. Persoalannya, adakah kita akan menjadi seperti UK dan Russia dalam statistic jenayah akibat arak, jika langkah pencegahan tidak diambil dan isu ini dipolitikkan? Sama-samalah kita fikirkan.
Read more...






















