Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya,
Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika
dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia
akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum
pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan,
ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam
kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah
serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap
keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan
pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik
licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU
13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk
ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu
masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok
politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar
menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu
memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful
untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan
pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama
diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin
dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul
Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya.
Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia
ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau
anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih
simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah
kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal
peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke
satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan
bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul
Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan
sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas
Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma
guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang
datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan
tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak
buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar
Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu
penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti
menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan
bos mereka mendapat peluru baru.
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum
hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah
pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun,
Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat
untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh
itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan
kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang
keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat
kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul
Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka
juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama,
mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu
ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk
membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk
menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu.
Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul
wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan
emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan
dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk
mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan
kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru
ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk
supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang
diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang
sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang
menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya
tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan
skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan
bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai
tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk
keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai
skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang
itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy
Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan
dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma
wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU
nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa
setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi,
aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan
mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR
dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS
permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
Monday, 25 March 2013
10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini blogger otak sama dengan Zul Kulim lah....Kah..Kah...Kah...
ReplyDelete