Monday 25 March 2013

Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sertai KEADILAN


KOTA KINABALU 25 MAC: Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai KEADILAN bersama-sama 318 orang lagi.Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Himpunan Harapan Rakyat di Star City Convention Hall di sini, malam tadi.Lebih 5,000 ahli KEADILAN menyaksikan penyertaan Dr Muhiddin yang terkenal kerana berani menegur Kementerian Pelajaran berkaitan masalah sistem pendidikan di negeri itu.
Beliau juga tidak puas hati dengan layanan Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno BN terhadap Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berikutan tidak diberi dana secukupnya. ~keadilandaily

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers