Ketua Perisik Datu Piah Datu Kiram Diburu
Untuk Rekod Ops Daulat Setakat ini, pasukan keselamatan kita telah
berjaya menembak mati seorang Jeneral, menangkap hidup-hidup seorang
Komander berstatus Menteri Pertahanan dan melumpuhkan pasukan penembak
tepat pengganas Sulu.
“Semporna adalah ibu pejabat pengganas dan di Lahad Datu pula ‘medan permainan’ mereka,” katanya.
“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah
menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,”
katanya.
Seorang pemimpin kanan dipercayai berjawatan ketua perisik dikenali
sebagai Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan
keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan
pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.
Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul
Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang
menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan
keselamatan, Februari lalu.
Sumber itu berkata, pasukan keselamatan turut percaya Semporna ialah
markas utama pengganas kerana di situlah mereka melakukan perancangan
serta mengatur strategi.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.