Apa kena dengan Datuk Seri Ahmad Said. Mesti ada yang tak kena. Kalau sudah kena mana mungkin marah marah tak tentu arah dengan imam yang naik atas pentas PAS. Nak kata dia tidak ada dalam senarai calon pada PRU 13 mustahil. Malahan nama beliau ada dalam senarai untuk DUN Kijal. Kalau BN menang PRU 13 nanti memang ada cam jadi menteri besar lagi sekali. Dapat dua penggal. Bukan macam Datuk Seri Idris Jusuh yang tamak kumpul wang sehingga sanggup jual Kusza dan Keloj Yayasan Terengganu. Tahukah anda apa sudah jadi dengan pensyarah pensyarah KUSZA dan Kolej Yayasan Terengganu yang diserap ke dalam Unisza dan UITM cawangan Cendering. Ada diantaranya yang dipecat dari jawatan kerana tiada sarjana (MA) Yang sedihnya masih ramai yang tidak disahkan jawatanya sampai sekarang. Begitulah malangnya nasib bekas pensyarah Kusza dan Kolej Yayasan Terengganu. Berbalik kita dengan isu Ahmad said marah marah dengan imam imam.Mana ada imam yang naik atas pentas berceramah lawan kerajaan yang diterajui menteri besar sering tunjuk samseng itu.Jika ada tolong buktikan siapakah nama imam tersebut. Lainlah ketika PAS memerintah dahulu. Bukan Imam yang naik atas pentas umno berceramah, malah ada antara kadhi yang cukup berani bertindak nekad berceramah atas pentas umno. Mereka ialah ustaz Kamal Abdullah bekas wakil rakyat DUN Sura Dungun,(2004) Ustaz Wan Ahmad bekas wakil rakyat DUN Kota Putra, Besut (2004)dan ustaz Ramli Noh wakil rakyat DUN Tepoh(2004-2008) Itulah kahdi yang naik atas pentas umno berceramah begitu berani menyerang menteri Besar Haji Hadi Awang dan menuduh MB Terengganu pembohong. Sekarang ini mana ada imam imam yang berani naik atas pentas PAS berceramah mengutuk Ahmad said. Lebih lebih lagi sudah habis imam imam yang dilantik kerajaan PAS dulu dipecat. Setahu penulis Cuma ada dua orang sahaja yang tidak boleh dipecat. Mereka kekal sebagai imam. Kalau boleh berbuat demikian sudah lama kedua dua imam itu dipecat. Seorang, masih ada di Dungun dan seorang lagi dinaikkan pangkat di Pejabat sebagai imam pelawat. Jadi, sangat tidak wajar marah dengan dua orang imam yang dikatakan naik atas pentas pas semacam marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar.
Friday, 22 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.