Sudah menjadi kebiasaan kepada PR apabila sesuatu musibah berlaku
kepada mereka pihak yang akan dipersalahkan ialah UMNO BN seolah-olah
UMNO BN tidak ada kerja lain selain daripada mencari kesalah mereka. Itu
persepsi yang cuba mereka serapkan di dalam fikiran rakyat Malaysia.
Kisah video Bang Non nampaknya kali ini tidak mendapat tempat di
kalangan pemimpin UMNO BN untuk mendapatkan political mileage dalam
cubaan memburukkan PR. Satu pendekatan yang wajib dipuji kerana kita
sedia maklum, kebajikan dan kesejahteraan rakyat berada di atas sekali
dan itu lebih baik daripada melayan lakonan dan juga perangai buruk
kepimpinan PR.
Umum mengetahui bahawa kreabiliti Bang Non umpama berada dibawah
tapak kaki rakyat. Satu kedudukan yang begitu hina untuk diangkat
menjadi seorang pemimpin hebat mentadbir negara. Bukan kita sahaja yang
tahu tapi Bang Non pun tahu nasib yang bakal menimpa dirinya. Itu
mungkin hasil kaji selidik pencacai-pencacai beliau yang meletakkan
beliau sebagai Anugerah Tuhan.
Pengumuman beliau untuk tidak bertanding di kubu kuat beliau bukanlah
satu perkara yang mengejutkan. Tindakan tersebut adalah untuk
menyelamatkan nyawa politik beliau yang semakin teruk merundum hasil
daripada pendedahan video seks terbaru dan ditambah dengan percakapan
beliau dengan seorang yang berperwatakan lembut. 2 perkara ini sudah
cukup untuk menguatkan dakwaan bahawa beliau layak diberi gelaran Papa
Homo oleh masyarakat.
Tidak mustahil kawasan sasaran yang akan ditandingi oleh Bang Non
bukanlah majoriti Melayu tetapi dikawasan yang majoritinya bukan Melayu.
Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya cukup mudah, masyarakat bukan
beragama Islam tidak begitu mengambil berat tentang moral seseorang
pemimpin mereka tetapi lebih kepada kemampuan pemimpin tersebut untuk
meyakinkan mereka bahawa mereka akan terbela andai undi diberikan.
Contoh yang paling senang untuk kita fahami adalah bagaimana Chua Soi
Lek yang kantoi video seks beliau tersebar dan dinafikan hak sebagai
Ahli Parlimen mampu membuat come back dan akhirnya menjawat jawatan
paling tinggi dalam parti yang dikuasai oleh kaum cina iaitu MCA.
Perkara ini tidak mustahil terjadi kepada Bang Non dalam
menyelamatkan nyawa politik beliau. Andai beliau bertanding di kawasan
majoriti Melayu peluang untuk menang agak tipis. Apa yang mampu beliau
lakukan adalah dengan meminta pertolongan DAP untuk menyerahkan satu
kerusi selamat untuk ditandingi oleh beliau. Mungkin ada yang tertanya
dimanakah kerusi tersebut.
Jawapan nya ialah di kerusi Ipoh Timur tempat dimana Lim Kit Siang
berada dan menghantar LKT ke Johor. Agak malang keputusan ini bakal
memusnahkan impian Chua Jui Meng yang mengidam kerusi parlimen Gelang
Patah.
Inilah mainan politik Bang Non yang rela mengkhianati orang lain demi
survival politik sendiri. Di dalam UMNO perkara ini pernah terjadi
kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Sama-sama kita tunggu apa sebenarnya berlaku..Fikirkan Bersama.
Tuesday, 26 March 2013
Chua Jui Meng Dikhianati Demi Selamatkan Bang Non?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.