Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau mesra disapa Leya pula masih bersisa sifat gila-gilanya biarpun sudah bertudung litup.
Hijrah
kehidupan yang dilaluinya juga, daripada seorang anak dara kepada
isteri, ibu dan kini beralih status kembali kepada kehidupan solo, Leya
masih wanita yang ceria, periang dan bersahaja sebagai mana yang boleh
didengar menerusi corong radio HotFM.
Begitu juga
dengan tradisi sambutan hari raya yang bakal disambut minggu depan, Leya
seorang yang ringkas dan tidak rigid terhadap suasana raya.
"Setakat
ini, tradisi raya saya tidak banyak yang berubah. Jika hari raya jatuh
pada hari Ahad, peluang untuk saya bercuti raya itu ada sebab hari Ahad
saya memang tidak bertugas.
Tapi, saya
sudah kena masuk konti pada Isnin, 20 Ogos. Pekerjaan yang saya lakukan
menjadikan saya seorang yang tidak terlalu sensitif soal itu," katanya
yang baru kali pertama beraya sebagai janda setelah rumah tangga yang
dibina bersama seorang pemuzik, Muhammad Ashraf Aasimudin hanya mampu
bertahan selama tiga tahun.
Melepaskan
puteri kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena untuk beraya di rumah bekas
suami, Leya juga tidak mahu terlalu syahdu memikirkan hal berkenaan.
"Satu hal
yang akan membuatkan saya berasa sayu ialah setiap kali mengingatkan
nenek saya yang sudah tiada. Tak lengkap raya tanpa beliau.
Dalam
soal-soal lain, saya banyak kali menjadi tukang angguk dan tak banyak
cakap, apa sahaja, saya mudah ikut keadaan," katanya.
Meninggalkan
sedikit pandangan sosial sempena hari raya, kata Leya: "Kita boleh
beria-ia buat persiapan sambutan raya jika hanya berbelanja besar untuk
satu atau dua tahun tahun sekali. Tapi, jika ada yang setiap masa
berbelanja sebegitu rupa, saya akan pelik."
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.