Friday, 29 March 2013

Fuh Bapak Kejam! Lelaki Ini Bunuh Dan Makan Isteri Sendiri


Fuh Bapak Kejam! Lelaki Ini Bunuh Dan Makan Isteri Sendiri | BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya iaitu membunuh kejam isteri pertamanya, kelmarin.
Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.
Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.
Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.
Liu yang asyik mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.
Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers