Fuh Gila! Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing? | Di China memang
terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan
telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia
lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati
penyakit.
RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah
Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.
BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur
yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi
tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula
makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang
berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil
air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.
Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk
menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa
mengantuk.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.