Anda baca dulu laporan di bawah. Di antaranya :
“Saya
cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu
pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi
gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan
peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi,
saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur
Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit
Perancangan Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu
untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata
Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan
& Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan
pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya
mengusahakan jalan perdamaian. - KeldaianDaily
MiM musykil kerana Anwar Ibrahim merujuk kepada zaman beliau menjadi
Timbalan Perdana Menteri iaitu pada 1990-an apabila isu dakwaan
penglibatan pakatan pembangkang dengan pencerobohan di Sabah yang
berlaku sekarang ini (2013)!
Sila baca dakwaan di bawah :
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.
17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.
18.7.2012
- Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan
UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya
tinggalkan PBS.
12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.
18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. BACA SINI Persoalannya ialah kenapakah Anwar tidak menjawab dakwaan perjumpaan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 2012?
Kenapa? Why?
Dan
jika pertemuan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 90-an di atas
kapasiti Timbalan Perdana Menteri dan Nur Misuari sebagai pemimpin
tertinggi MNLF, senarionya sekarang ialah ialah kedua-duanya tiada lagi
kuasa eksekutif untuk menentukan sebarang keputusan sama ada di Malaysia
dan juga Kepulauan Sulu.
Apakah Anwar akan menjawab persoalan pokok yang bermain di kepala rakyat Malaysia sekarang?
Dan
selagi tiada jawapan konkrit, selagi itu juga rakyat akan percaya
penglibatan Pakatan Pembangkang dengan penceroboh di Sabah.
Wednesday, 27 March 2013
HANGAT!!! ANWAR JUMPA PEMIMPIN FILIPINA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.