[SH] ALOR GAJAH - Gara-gara jatuh hati terhadap isteri orang, seorang
remaja lelaki berusia 20 tahun tergamak menculik dan mengurung wanita
terbabit yang baru habis pantang di sebuah rumah, di sekitar daerah ini,
sejak minggu lalu.
Suami wanita terbabit, Zulhairi (bukan nama sebenar), 30, berkata, pada
16 Mac lalu sebaik terjaga dari tidur, dia terkejut menyedari isterinya,
Suraya (bukan nama sebenar), 28, tiada di sebelah dan sebuah beg juga
hilang sebelum cuba mencarinya di kawasan sekitar.
“Saya lihat isteri sudah tiada, namun bayi kami yang berusia dua bulan
masih tidur sebelum saya mengangkatnya dan terus keluar mencari isteri
selama tiga hari berturut-turut.
“Selang dua hari kemudian saya dapat hubungi lelaki terbabit, dikenali
sebagai Asyraf (bukan nama sebenar), 20, dan katanya, dia akan pulangkan
isteri saya. Kemudian kami rancang untuk berjumpa berdekatan Plaza Tol
Simpang Ampat, di sini, kira-kira jam 8 malam.
“Namun sebaik sahaja dia terpandang saya, dia terus memecut motosikalnya
menghala ke Pulau Sebang dan kelihatan isteri saya membonceng motosikal
itu.
“Saya tak tahu di mana isteri saya disembunyikan sekarang dan saya
sangat bimbang sekiranya dia diapa-apakan lelaki terbabit yang bijak
berpura-pura dan bermulut manis,” katanya kepada Sinar Harian.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.