PERNAH diselar gara-gara salah penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah, Zarina seperti tidak serik membuka ruang untuk dikritik |
Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu.
Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.
Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.
"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.
"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.
Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?
"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia.
Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.
Dibayar untuk seksi
Tuan blogger masuk air ke?
ReplyDelete