SEPANJANG
bergelar artis, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan
panggilan Che Ta, 38, sudah acap kali dikaitkan mempunyai hubungan
dengan beberapa orang lelaki, kebanyakannya yang lebih muda berbanding
usianya.
Terkini, dia dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz.
Menariknya,
gara-gara gosip tersebut, timbul pula cerita yang mengatakan timbul
perselisihan faham antara Iskandar dengan pelakon Zain Saidin, 28, yang
sebelum ini merupakan antara individu yang rapat dengan Che Ta sehingga
mereka sering digosip mempunyai hubungan istimewa.
Namun
begitu, Shah, 29, yang ditemui pada acara Viewing Party perlawanan Piala
Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3 yang diadakan
di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempunyai
jawapan tersendiri tentang gosip tersebut.
Sementelah, dia mengakui pernah mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan dirinya.
Kosmo!: Bagaimanakah boleh timbul cerita yang mengatakan Shah bercinta dengan Che Ta?
SHAH
ISKANDAR: Cerita sebegini boleh timbul kerana kami sering berlakon di
bawah produksi yang sama iaitu Zeel Production. Sehingga kini kami sudah
berlakon tiga kali berturut-turut bersama iaitu menerusi drama Kiah
Spy, Anak Ikan dan Kiah Ke Jepun.
Jadi, benarkah dakwaan yang mengatakan kamu berdua bercinta?
Sudah tentu ia tidak benar kerana hubungan rapat kami hanya di lokasi penggambaran.
Saya rasa
cerita ini timbul apabila ada pihak yang salah anggap terhadap kemesraan
kami, tetapi pada hakikatnya hubungan kami tidak lebih daripada sekadar
rakan sesama pelakon.
Lagipun buat
masa sekarang saya belum terfikir lagi untuk bercinta dengan sesiapa
kerana mahu memberikan tumpuan terhadap karier terlebih dulu.
Bagaimanakah pula hubungan Shah dengan Zain Saidin?
Setakat ini
hubungan saya dan Zain juga tiada masalah dan kami tidak pernah
berselisih faham apabila cerita ini timbul. Kami menganggap ia tidak
lebih daripada sekadar gosip.
Adakah Che Ta memiliki kriteria yang menjadi idaman Shah?
Secara
jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut,
antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya
apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya
terhibur semasa berada di lokasi.
Pada masa
yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang.
Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan
dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi
tersebut dan tidak cepat melatah.
Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut.
Ps:
Kalau dah Che Ta tu cantik, memang la ianya memenuhi kriteria idaman.
Cuba kalau dia tu biasa - biasa je dan bukan seorang artis. Mau ada
orang nak? Tak de der...
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.