Wednesday, 27 March 2013

Leuniey Nafi Buat Persiapan Tunang Dengan Apek

Leuniey Nafi Buat Persiapan Tunang Dengan Apek | Leuniey yang merupakan model wangian Simplysiti, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau dan penjaga gol skuad negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat sedang sibuk melakukan persiapan majlis pertunangan mereka.
Gosip antara mereka ini mula hangat setelah tersebar gambar di Instragram milik Apek dan seorang pereka fesyen tempatan Ezuwan Ismail yang menunjukkan pasangan ini sedang memilih kain di sebuah kedai.
Untuk mendapatkan pengesahan mengenai gosip yang timbul, wartawan hiburan telah menghubungi pemilik nama Nur Eilunie Natasha Nazri ini dan berikut merupakan reaksi beliau mengenai isu yang timbul. 
“Sebenarnya kami pergi beli kain sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Haji ini. Mungkin akan ada pihak yang kata tidak mungkin sempat untuk saya menyiapkan baju raya saya namun isu tidak sempat ini tidak timbul memandangkan Ezuwan merupakan rakan saya, jadi bila-bila masa saja sempat nak siapkan baju saya.”
Leuniey turut memberitahu, 
“Setakat ini hubungan kami berjalan seperti biasa dan belum ada perancangan apa-apa lagi untuk ke fasa seterusnya. InsyaAllah jika kami nak tunang atau berkahwin kami akan cakap dan tidak sorok,” ujar gadis berusia 21 tahun itu.

 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers