Friday, 22 March 2013

Menyedari Moralnya Teruk Anwar Tinggalkan Kawasan Melayu Dan Lari Ke Kawasan Cina

Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada kuasa yang jauh lebih besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers