Gambar Hiasan
Pada ketika seluruh negara heboh membincangkan isu penghinaan terhadap agama Islam yang semakin menjadi-jadi rupa-rupanya masih ada mereka-mereka di luar sana yang langsung tak menghiraukan dengan apa yang berlaku.
Sebaliknya lebih menumpukan terhadap minat dan kegilaan mereka dalam melakukan aksi-aksi yang cukup membahayakan malah jauh di luar budaya orang-orang Melayu itu sendiri.
Apa yang MMI saksikan mungkin telah disaksikan oleh sebahagian daripada anda namun biarlah MMI paparkan sekali lagi supaya ianya dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita khususnya dalam memastikan anak-anak , adik mahupun kakak kita daripada terlibat dalam gejala seperti ini.
Percayalah ianya tidak menguntungkan malah kelihatan amat tidak sopan dan MMI sendiri malu melihat anak bangsa seperti ini.
Mungkin bagi si awek tersebut beliau bangga bila di puja sebagai antara minah rempit paling hebat kerana berani melakukan aksi sedemikian namun beliau mungkin terlupa apakah yang akan terjadi sekiranya aksi seterusnya bersambung dengan satu kemalangan?
Kepada semua jom sama-sama kita pastikan rempit bukan lagi budaya anak muda kita.Kepada semua anak-anak muda sekalian ingatlah negara perlukan kamu seperti mana bangsa dan agama perlukan kamu hari ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.