Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana
aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan
babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.
"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan
saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan
watak suami isteri bersamanya,"
Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel
nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan
aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan
judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut
tersendiri.
"Saya yakin Sehangat Asmara akan
menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas
Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu.
Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa
lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa
restu keluarga di Sydney, Australia.
Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air
dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun
berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti
dalam sengsara.
Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat
seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin
Fadzil dan Dian P. Ramlee.
Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.