Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan
alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah,
cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian
agama, kali ini segalanya berubah.
Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam
sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap
dari golongan alim ulama.
Di mana-mana sahaja pusat pengajian
pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS
semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO
terus berkembang.
Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah
dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama
memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar
golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan
PAS di Kelantan.
Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah
Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi
parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin
PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
Ini
menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang
berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa
dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada
tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Golongan yang
berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing
membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok
Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air
(UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
Tiga NGO
utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong
tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan
keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
Pada
PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah
berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas
beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara,
mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO
dan BN.
Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain
yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan
PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi
(OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
Hasil
dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin
tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak
aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS
mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan
sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.
Manakala di pihak
UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti
di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin
yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO,
sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan
non-partisan.
Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan
kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan
serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS,
selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan
dengan terjahan DAP & PKR.
Malah keaktifan UMNO menggerakkan
jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan
kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut
menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
Kombinasi
semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam
sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke
penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Suka
atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus
bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung
hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah
lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.
House PK: Ini aku petik dari MPP Online.
Aku rasa kali ini PAS memang dah teruk kena balun sebab semua dah tahu
PAS memang dah jadi anjing DAP! Ada baiknya PAS tukar nama parti dia
kepada Parti Anjing DAP! Amat hina sekali PAS sekarang ni. Korang yang
menyokong PAS kalau berakal, tinggalkan la parti yang sesat lagi
menyesatkan itu!
Tuesday, 26 March 2013
PANAS BERAPI! KENAPA ULAMAK MENJAUHI PAS DI KELANTAN? MARI BACA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.