Friday, 29 March 2013

Pengakuan "Bunuh Mahathir", Dongeng Untuk Tutup Kes Pemberian IC


SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail (gambar) yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -SH

Ulasan GB

Apa yang dapat dilihat isu "bunuh Mahathir" ini hanyalah rekaan - jika benar sepatutnya pihak yang mengaku iaitu Zainon Ismail (AC Afghan) itulah yang perlu disiasat kerana tindakan beliau itu adalah tindakan peribadi bukan tindakan parti.

Kedua, hakikat yang sebenar, di kalangan UMNOlah berlaku bunuh-membunuh. Kes Mokhtar Hashim dan Datuk Taha adalah bukti yang nyata di mana pimpinan UMNO sanggup berbunuhan demi kuasa.

Ketiga, pemimpin PAS yang sebenarnya yang sering menerima sasaran pembunuhan seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Prof Zulkiflee Muhammad dan Ust ibrahim Libya.

Justeru itu berita mengenai cubaan bunuh Mahathir ini hanya satu helah untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kes yang terbongkar mutakhir ini mengenai pemberian IC oleh mantan Perdana Menteri tersebut yang telah menyebabkan kemarahan rakyat Sabah sendiri.


Diwujudkan cerita yang bukan-bukan kononnya ada cubaan untuk bunuh Mahathir maka diupahnya sesiapa yang boleh buat pengakuan bagi memperkuatkan fitnah itu.

Tetapi kebenaran itu tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga akhirnya. Fitnah dan penipuan tidak mampu untuk menandingi kebenaran dan keadilan. Yakinlah!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers