Wednesday 27 March 2013

PROFESOR MAHFUZ TAK SETUJU GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci formula yang digunakan di dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan ini bagi mengelakkan jurang besar diantara kakitangan awam dan pihak atasan selaras dengan gred kenaikan.

“Isu saraan tidak memberikan gambaran jelas berhubung kenaikan Gred 1 sehingga 54. Keadaan tidak jelas ini akan membawa kepada jurang yang besar.

“Sebagai contoh gred turus 1, gaji mati RM 13,940 tapi gaji maksimum RM 23,577.24. Jawatan terendah, Gred N1, pembantu am sekarang RM 1,321.05.

Selepas kenaikan tahunan RM 80.00 gaji maksimum RM 2,000,” katanya.

Sebelum ini, Najib mengumumkan pelaksanaan SST, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Melalui sistem ini, setiap penjawat awam mendapat antara RM 80 dan RM 320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 bilion.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers