PRU13: Selangor negeri 'paling panas', kata SPR
29 Mac 2013
SHAH ALAM -
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang
pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat
sebagai negeri "paling panas" kali ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini.
Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media.
Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu.
Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor.
"... Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum.
"Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka," kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sejak beliau menjadi Pengerusi SPR, pelbagai perkara diperkenalkan buat pertama kali.
Pada PRU13 ini
pertama kalinya akan menggunakan dakwat kekal, undi pos untuk
warganegara yang menetap di luar negara, akses media berkaitan penyiaran
manifesto, dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.