JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan
bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke
Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.Perbuatan liar sekumpulan
samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi
ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.Bagaimanapun, mereka
dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota
polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang
mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai
samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.Sebelum ini, kunjungan
Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang
bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo
BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan
beberapa cermin kenderaan, pecah.Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di
Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
~keadilandaily
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.