AG kata lebih ramai lanun akan didakwa, malah Azzimudie pun tetap akan didakwa tanpa mengira dia warga negara ini atau pun tidak, tidak kira dia sedara mara Rafizi atau pun tidak..! Penjelasan yang melegakan kita namun AG juga diharap dapat bertegas dan bersegera keatas dalang sebenar yang menyebabkan tragedi berdarah ini berlaku.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasankeselamatan.
"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.
Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar HushinKiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara akanmeneliti perkara itu.
Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untukmengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram,kepada kerajaan Filipina.
"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... Sudah tentu kami akanmemburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketikadisoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiramyang memegang kewarganegaraan Malaysia.
Mengulas isu yang sama, AG berkata...
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.
“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.
Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Sementara itu dilaporkan...
Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.
Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.
Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.
Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.
Tuesday, 26 March 2013
Setan Kiram Akan Diekstradisi...! Dalang & Kuncu Lanun Tetap Akan Didakwa...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.