Tuesday 26 March 2013

Siti Fazurina Nikah Kali Pertama Tidak Sah



 Pelakon drama Trilogi Cinta, Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli tidak sah mengikut hukum syarak.
Siti Fazurina Akhirnya Nikah Kali Kedua
Menurut ibu aktress ini, majlis akad nikah tersebut telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir.
“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya.
Siti Fazurina Mohd Famir dan suaminya, Hykal melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers