Wednesday 27 March 2013

TERDESAK: Najib Ciplak Idea Pakatan Beri Permit Kepada Pemandu Teksi


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan 1,000 permit kepada pemandu teksi dilihat ‘menciplak’ idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR).

Pengumuman tersebut juga mengesahkan bahawa dasar-dasar manifesto PR yang sebelum ini dikecam oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya mampu dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini Umno-BN terus gagal untuk mengumumkan manifesto sendiri sebaliknya menciplak idea dasar PR.

Najib cuba mengumpan rakyat dengan janji akan melaksanakan program PR itu sekiranya Umno-BN menang dalam PilihanRaya Umum ke-13, katanya.

“Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini.

“Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini,” kata Rafizi di dalam satu kenyataan media.

Manifesto PR yang diumumkan bulan lalu antaranya berkata PR akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi.

Permit teksi juga akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Agensi kerajaan juga akan dipertanggungjawabkan untuk melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan.

“Ucapan beliau (Najib) berbaur ugutan politik apabila menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah ‘bai’ah’ (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan,” kata Rafizi.

“Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa beliau (Najib) tidak berani berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi.”

Gerakan Teksi dakwa permit individu hanya gimik politik

Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi (Teksi) mempertikaikan cara kerajaan memberikan lesen individu kepada pemandu teksi baru-baru ini, yang dianggap sebagai gimik politik.

Ia memandangkan pemberian lesen itu perlu diiklankan terlebih dahulu agar semua pemandu teksi mendapat manfaatnya.

Pengerusi Teksi, Mohd Ridzwan Mohd Daud, berkata biarpun pemberian lesen individu itu dialu-alukan, namun pemberian yang dilakukan ketika ini tidak memberikan manfaat kepada semua pemandu.

"Ini kerana ia tidak diiklankan kepada umum, dan hanya sebahagian pemandu teksi yang mendapat lesen tersebut, itupun selepas memohonnya sejak 2010," dakwa beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, jika kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib pemandu teksi di negara ini, perkara ini (lesen individu) sudah lama perlu diberikan.

Sebaliknya, kata beliau sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen individu ini telah dibekukan sejak tiga tahun lepas.

"Mengapa baru sekarang diberi? Ketika boleh dikatakan waktu 'lampu merah?' Itupun tanpa pemberitahuan umum. Adakah untuk memancing undi?" soal beliau lagi.

Sebelum ini, beliau bertindak melancarkan kempen menuntut permit individu terhadap kerajaan, menyerahkan memorandum ke parlimen dan mengadu kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers