Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu
Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini
dipercayai berada di daerah ini.
Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai
sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti
Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap
pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.
“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang
terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac
lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam.
Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang
diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun
menemui jalan buntu.
Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga
dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad
Datu.
“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar
dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan
kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan,” kata
sumber itu lagi.
salam perkenalan
ReplyDelete