Tiada
calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional
(BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun
Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sendiri secara peribadi menganggap
tiada calon yang mampu diketengahkan pada masa kini bagi menggantikan
jawatan No. 1 dalam Kerajaan Pusat itu.
"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku.
"
Tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya
kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam
Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat
Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mahathir
merujuk pandangan beberapa pihak yang meminta Najib berundur sekiranya
Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan
Raya Umum ke-13 akan datang
Beliau turut bersetuju
dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi Tun Daim
Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baru dalam pilihan raya kali
ini.
Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur
hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk
memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu
pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut
dengan pengakuan Zainol itu.
Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.
Namun,
bekas Perdana Menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya
Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu
kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.
"Tapi
Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini,
dan buat kenyataan nak minta maaf...saya sedia maafkan sesiapa pun,"
katanya.
Menjawab soalan bila beliau menjangka
Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri
ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.
"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.