Susulan laporan yang dikeluar oleh pihak kami pagi tadi, ini ada update terbaru mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa sebagi Apex, di mana selebriti sukan ini telah menafikan dakwaan yang kononnya dia telah membuat suntikan di bahagian muka demi mendapatkan wajah yang cantik.
Menurut Apex, wajahnya semakin berseri-seri kerana kehidupannya semakin bahagia bersama isteri tercinta, tambahan pula kini dirinya dilantik sebagai duta untuk produk jenama Brand’s.
Sebagai atlet saya bukan saja perlu menjaga kesihatan. Malah, saya juga perlu menjaga penampilan memandangkan saya juga adalah duta untuk beberapa produk.
Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
Bercakap mengenai wajah saya, saya rasa selesa sekarang ini dengan menjadi duta produk Brand’s. Saya rasa ia adalah kesan daripada penggunaan produk Brand’s – ujar Apex menerusi portal hiburan Murai.comMengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Apex turut menganggap semua dakwaan yang dilemparkan keatasnya adalah sekadar gosip biasa dan menolak dakwaan yang kononnya dirinya berubah disebabakan Leuniey.
Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh wujud. Namun, saya anggap ia sama seperti gosip yang telah dilemparkan terhadap saya seperti sebelum saya berkahwin lagi.
Saya tidak marah tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pula ke arah untuk cucuk muka.
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.