10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13
Penulis selalu berfikir,
kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah
yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu
keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan
bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu
sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum
ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan
yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu
undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas
pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat
sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah
akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan
melangit banyaknya.
Momentum akan
menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya
akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar
mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan
banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk
melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis
lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen
Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat
dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan
ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin
berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa
Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan
Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru
ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan
keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan
kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu
ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku
kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang
suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak
kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU,
DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik.
Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya
sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika
mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai
kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat
Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau
difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat
dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari
segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II,
Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya
diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes
liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah
dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak
syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “,
MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah
menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper
pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan
bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru
baru.
5 – Anwar akan keluarkan
JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut
pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang
sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak
mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat
ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat
akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM
ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli
yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya
kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka
keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon
tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu)
oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan
dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin
yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim
Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya
(salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar
bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang
dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang
berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan
keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan
video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan
diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar
konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah
balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun
diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda
Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan
polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa
Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin
ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk
para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya
dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan
memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan
fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang
bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat
dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk,
sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat
kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan
penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa
terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik
pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin
(KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah
guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar
daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS
diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut
maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas
akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas,
bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon
DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ”
(nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi
kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.