Saturday, 30 March 2013

Yb Kapar Gempak MB Selangor


Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manickavasagam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beberapa minggu yang lalu apabila berlaku tragedi ribut di penempatan perumahan di Klang didalam parlimen Kapar, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa melawat rakyat yang ditimpa kecelakaan. Kenyataan kurang bijak ini tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Kapar dan beliau secara terbuka memohon agar Menteri Besar itu memohon maaf kepada pengundi pengundinya. Tindakan berani Yb Manickavasagam dikira tidak melanggar displin parti kerana pimpinan tertinggi PKR mahupun Anwar Ibrahim sendiri tidak mengambil sebarang tindakan keatasnya walaupun menyelar orang nombor satu dalam Selangor secara terbuka!


Semalam sekali Yb S Manickavasagam telah mencabar kepimpinan Khalid Ibrahim apabila beliau mengugut akan melatakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Ini berikutan dengan insiden pihak MPAJ merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman tempoh hari.

“Tindakan merobohkan kuil ini bertentangan dengan janji janji PKR Selangor sewaktu berkempen pilihanraya ke 12. Dalam semua ceramah saya telah memberikan jaminan bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak akan merobohkan mana mana tempat ibadat bukan islam” kata Yb S Manickavasagam.

Ahli Parlimen Kapar ini mahu kerajaan Selangor mengambil tindakan tegas keatas pihak yang terlibat dengan kerja kerja merobohkan kuil tersebut.


Sementara itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin pula cuba memberikan penjelasan yang berbeza dengan Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Menurut kata Zuraidah, tindakan merobohkan kuil itu “berpunca daripada salah faham” antara pihak MPAJ dengan pengurusan kuil. Salah faham itu melibatkan hal-hal pengubahsuaian bangunan, dokumentasi dan prosedur pengurusan.

Manakala Dr Xavier dalam kenyataanya berkata “arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di luar pengetahuan kerajaan Selangor”.

Haru biru pentadbiran kerajaan dibawah telunjuk Khalid Ibrahim!

Kelmarin, seluruh umat Islam dikejutkan dengan “pengakuan berani” pemimpin dan ahli PKR dari Perak bahawa mereka ada melakukan hubungan seks dengan wanita dari negara China tetapi menganggap perbuatan mereka itu sebagai “menerima sedekah”.

Hari ini di negeri Selangor, Khalid Ibrahim pula buat kali kedua ditentang secara terbuka oleh anak buahnya sendiri!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers