KUALA
LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B)
Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar
biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan
pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu
pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang
tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.
“Sebagai
seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa
di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa
dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada
panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita
lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut
diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.
Tambahan
pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu
ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat
menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?
“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut
Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah
67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang
Tuesday, 2 April 2013
Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.