Sunday, 21 April 2013

ALMY NADIA BUKA BUKU BARU | HUBUNGAN DENGAN FIZZ FAIRUZ SUDAH BERAKHIR

Tiada apa lagi perlu diperkatakan Almy Nadia, 27, mengenai hubungannya dengan pelakon, Fizz Fairuz. Segala-galanya sudah berakhir dan dia terima ketentuan itu dengan hati terbuka.
Apa dilalui sepanjang tujuh tahun mencintai jejaka itu dikuburkan di lubuk hati dan enggan dikenang lagi. Almy kini mahu fokus pada kerjaya dan tanggungjawabnya sebagai anak dan keluarga.
Begitulah luahan jujurnya ketika menjayakan fotografi bersama SELEBRITI di Balai Berita, baru-baru ini.

Jika sebelum ini dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan dan kecewa, berbeza kali ini apabila tampak tenang menyusun bicara. Akui Almy, air matanya sudah kering meratap apa yang menimpa diri.

Katanya, dia tidak boleh biarkan diri terus tenggelam dengan emosi. Sampai masanya dia harus menikmati kehidupan dengan membuka buku baru.
“Mula-mula memang sedih dan kekok bila hubungan yang dipertahan selama tujuh tahun berakhir. Namun, seiring masa yang berjalan, saya dapat terima hakikat dan bangkit daripada kekecewaan.

“Saya sedar apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Mungkin Dia tidak mahu saya sakit kemudian hari, jadi lebih baik saya sakit sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers