Melakukan perubahan atau "change" bak kata Lim Kit Siang, mestilah bertujuan perubahan ke arah lebih baik dari keadaan sediada.
Di Malaysia, kalau sekadar untuk mengubah parti yang memerintah, itu
bukan perubahan kerana kepimpinan pembangkang yang ada hari ini adalah
kumpulan yang sama yang telah sekian lama ditolak oleh majoriti rakyat
negara ini.
Perubahan sebegini bukanlah perubahan yang sehat. Ia hanyalah sekadar
untuk mengubah-ngubah selera. Soal pembentukan kerajaan bukan seperti
mengubah menu makanan. Bila sudah muak makan daging, makan ikan. Bila
sudah muak makan sayur petola, tukar pula sayur pegaga.
Kalau sekadar mahu menukar kerajaan disebabkan mahu menghukum kerajaan
BN seperti yang diingatkan oleh Tun Daim, adakah selepas BN dihukum maka
perubahan yang berlaku secara automatik akan menjadi lebih baik?
Untuk menghukum BN, mesti ada sebab yang jelas. Sebab yang jelas itu
mestilah yang berhubungkait secara langsung dengan kehidupan serta
keperluan rakyat seperti faktor kestabilan politik, agama dan ekonomi,
faktor keselamatan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Adakah BN gagal memenuhi semua tuntutan ini?
Semua tuntutan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, terbukti
sangat berjaya di bawah pentadbiran BN. Program yang begitu
transformatif di bawah "Dasar Najib" diakui oleh dunia akan
keberkesanannya.
Keyakinan pelabur luar meningkat. Perniagaan dalam negara berkembang.
Petunjuk-petunjuk ekonomi menampakkan peningkatan ketara. Petunjuk
kepada semua peningkatan ini boleh dilihat dari pungutan hasil cukai
yang meningkat dan dijangka pada tahun taksiran 2012/2013, jumlah
pungutan akan meningkat lebih RM5 billion kepada jumlah keseluruhan
RM130 Billion.
Golongan sasaran terutama yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan,
dan golongan belia serta pelajar dibantu dan ditampung "keperluan
hidupnya" secara langsung oleh kerajaan melalui BRIM, BLIM, KedaiR1M,
Klinik Rakyat 1Malaysia, tuisyen fee, sumbangan tunai pelajar dan
mahasiswa dll program.
Tiada kerajaan dan negara di dunia ini yang menjalankan "mekanisma
bantuan rakyat" sepertimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran DS
Najib.
Pembangkang mempergunakan "slogan rakyat" untuk memikat hati rakyat,
manakala BN bertindak memenuhi segala aspirasi dan keperluan rakyat yang
memerlukan.
Pembangkang mempergunakan "janji-janji" hanya sekadar untuk menarik
sentimen dan perhatian rakyat, tetapi BN tangkas memenuhi segala
janji-janji melalui program "janji ditepati".
Pembangkang hanya "melalak" dihadapan rakyat, tetapi BN mengorak langkah
dan sentiasa mengkaji apa lagi yang kurang dan harus dilakukan untuk
rakyat.
Pembangkang bermatlamat hanya sekadar mahu menyahkan Bn dati Putrajaya
dengan senjata "janji" di atas kertas, tetapi BN mahu mengekalkan kuasa
kerana BN mahu meneruskan dan memperbaiki lagi agenda kejayaan yang
telah dijanjikan dan dipenuhi untuk rakyat dan negara.
Letakkan muka Lim Kit Siang, Anwar dan Hadi berserta dengan senarai
janji-janji di sebelah, dan letakkan muka DS Najib dan TS Muhyiddin
berserta dengan segala rekod pencapaian BN sepanjang 4 tahunbmelakukan
transormasi.
Buatlah perbandingan secara realistik dan berpijaklah di bumi nyata.
Perubahan apa sebenarnya yang dimahukan oleh oleh pembangkang untuk
rakyat?
Adakah pembangkang mahu mengubah dari keadaan kestabilan ekonomi kepada ketidaktentuan ekonomi?
Adakah pembangkang mahu mengubah dari "matlamat untuk berkuasa" bagi
memastikan kestabilan dan keharmonian rakyat dan negara kepada "matlamat
untuk menyahkan BN dari Putrajaya" di atas faktor marah dan keagungan
kuasa semata-mata?
Adakah pembangkang mahu mengubah "amalan perkongsian kuasa" yang adil
dan saksama secara muafakat melalui dasar BN yang telah terbukti berjaya
kepada amalan perkongsian kerajaan secara "perkahwinan cina buta" yang
penuh dengan niat dan agenda tersendiri di antara komponen pakatan?
Bagaimana PAS mahu mentadbir negara yang cenderung kepada Islam dengan
rakan DAP yang akan berjuang "over my dead body" jika OAS cuba untuk
cenderung ke arah Islam.
Bagaimana PAS mahu berjuang mempertahankan kesucian Islam dengan rakan
yang mahu kebebasan mutlak, yang mahu kalimah Allah dikongsi bersama dan
yang mahu LGBT dibenarkan asalkan ianya dilakukan secara
sembunyi-sembunyi?
Bersediakah rakyat memberi peluang kepada pakatan yang jelas berbeza
kecenderungan dan prinsip perjuangan mereka di antara satu sama lain
hanya semata-mata kerana mahu menghukum BN?
Siapa yang akan dihukum dan terhukum akhirnya nanti, bila DAP
memperjuangkan agenda kesamarataan dan chauvinismanya, PKR menekankan
prinsip kebebasan mutlak, manakala PAS menekankan soal Islam?
Siapakah yang sanggup makan "sup daging campur" yang terdiri dari campuran daging kambing, babi dan lidah ular?
Monday, 1 April 2013
ASTAGA..!! MAJLIS PAKATAN MENGHIDANGKAN SOP DAGING KAMBING+BABI+ ULAR!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.