KUALA LUMPUR 2 April - Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama
sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini
cuba dipecah masuk hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta
Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit
melalui pagar hadapan.
Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis.
"Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri
sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis," kata sumber polis kepada
Utusan Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan.
Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis.
Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar.
"Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan
segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.
"Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan
hanya berada di garaj rumah saya sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.