Bakat sahaja
tidak cukup, nyata sekali industri kini meneliti rupa paras sebagai
sandaran untuk pergi jauh. Hal itu diakui oleh Emma namun dalam erti
kata lain karier sukses harus seimbang bakat dan rupa.
"Saya tidak
pernah meletakkan rupa atau asal-usul saya sebagai penanda aras malah
kalau setakat ada rupa tapi otak kosong pun tak berguna. Rupa itu
ekstra, yang perdana itu bakat serta ilmu," tegasnya.
Pernah
ketika awal pembabitannya ketika dia dicerca dan ditohmah dengan kutukan
tentang mutu lakonan hambar, selain isu berpakaian seksi dalam akaun
instagram, dia menangis.
Namun
tangisan itu sebenarnya penghapus segala kepedihan kata caci dan cubaan
mereka sensasi. Ujar anak kesembilan daripada sebelas beradik itu, dia
kini lebih kental.
"Terima saja herdikan dan kritikan orang. Sedih itu ada tapi berilah saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya.
"Saya hargai semua pandangan orang sekeliling dan menilainya sebagai satu nasihat untuk jadi lebih bagus.
"Pernah saya
dicemuh kerana berpakaian seksi dan ramai menyifatkan saya gadis yang
sosial. Ya, saya akui saya pernah terkena kejutan budaya ketika usia 16
tahun tapi semua gambar seksi yang dimaksudkan itu adalah gambar-gambar
lama. Saya juga tidak pernah ke kelab kerana saya antitempat ramai
orang.
"Saya minta
maaf jika ada pihak yang kurang senang dan tersinggung dan mohon agar
tidak dibangkitkan sejarah silam," pinta Emma merendah diri.
Emma
menjelaskan dia tidak mahu dilabel seorang gadis liar yang gemar
berpakaian seksi kerana hakikat sebenar dia anak manja ayahnya.
"Selepas ibu
dan ayah saya bercerai, saya tinggal dengan ayah dan tidak pernah
berjauhan dengan dia. Saya akui saya anak kesayangan dia dan dia
segalanya bagi saya.
"Sejak
tingkatan satu saya diberi homeschool (belajar di rumah) dan tidak akan
berenggang daripada ayah sampai sekarang," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.