Friday 5 April 2013

Hadi Awang Tidak Mahu Pakatan Rakyat Pikul Biawak Hidup (Anwar Ibrahim)





SAHIH dan itulah yang Gomo nak nyatakan hari ini berhubung perebutan kerusi Perdana Menteri didalam kem Parti Pembangkang PAS,DAP dan PKR.

Petang tadi memang berita yang sampai mengesahkan berlaku perebutan kerusi jawatan Perdana Menteri antara PAS,PKR dan DAP walaupun sebelum ini mereka sepakat mempersetujui Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia andai kata Pakatan menawan Putrajaya.

Pihak pembangkang cuba menafikan pertelagahan tersebut namun hakikatnya ahli PAS sendiri tahu bahawa suara mereka yang dari akar umbi telah sampai kepada Presiden Hadi Awang untuk tidak meletakkan Anwar Ibrahim selaku PM jika Pakatan mentadbir Putrajaya.

Hadi Awang yang sebelum ini cuba mempertahankan Anwar Ibrahim dalam kes video Seks China Doll pernah menyatakan kepada rakyat terutama para penyokong beliau bahawa video seks Anwar Ibrahim dan China Doll adalah BESI dan tidak boleh dipercayai ataupun dijadikan bukti Anwar Ibrahim pelaku video seks tersebut. Itulah kenyataan Hadi Hadi Awang sewaktu Muktamar PAS tahun 2011 yang lalu

Namun apabila petang tadi Hadi Awang meminta untuk Anwar Ibrahim tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang sudah pasti ianya telah memberikan kesedaran kepada Hadi Awang untuk melihat lebih jauh perjuangan parti PAS terutama suara akar umbi PAS yang menjadi ketakutan apabila pemimpin Homoseksual menjadi Perdana Menteri Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers