Friday 5 April 2013

Makin Pening – Nurul Izzah Sangkal Anwar Ibrahim

Jika semalam Mykmu.net melaporkan Pas mengumumkan dua calon pada tempat yang sama, hari ini rakan karib Pas dalam Pakatan, PKR pula bertelagah sama ada Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding atau tidak.
Tidak sampai 48 jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding, Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar dan Wan Azizah menyangkal kebenaran berita itu.
“Itu hanya cakap-cakap politik,” katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
“Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
“Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. – MYKMU.NET/BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers