Monday 1 April 2013

Mat Sabu Terlibat Songlap Wang Tabung #Memali??


Menurut orang kuat PAS, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Bukit Aman khususnya disyaki Menyembunyikan fakta dan Menutup Fail Korupsi Tabung Memali (TMM) dan pelbagai Penyelewengan Wang seperti di Madrasah MID Memali, BJM dan pelbagai perkara lagi.

Penulis buku berkaitan Memali C.N. Al-Afghani mendedahkan Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin telah menyeleweng beratus-ratus ribu wang sumbangan untuk balu-balu Memali, termasuk menyeleweng wang Madrasah. Menurut beliau, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS walaupun mengetahui Penyelewengan dan Rasuah yang Maha Besar di Memali itu, telah mengarahkan supaya kes tersebut disembunyikan daripada diketahui oleh khalayak ramai, kerana bimbang akan memalukan PAS yang dikatakan Islamik itu.

C.N. AlAfghani mendedahkan beliau telah membuat Laporan Polis namun, beliau juga mendakwa pihak polis dari Bukit Aman telah tidak meneruskan siasatan tersebut sehinggalah ke hari ini. Memandangkan jumlah wang yang sebegitu banyak disalahgunakan oleh Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin, sepatutnya pihak SPRM tidak menutrup mata.

Adakah SPRM juga telah dipenuhi oleh Musang Berbulu Ayam sehingga mendiamkan penyelewengan dan Rasuah terbesar di dalam PAS ini! Sekiranya ia kena kep[ada kerajaan seperti isu NFC dan sebagainya, SPRM cepat-cepat sahaja membuka kertas siasatan. Sebaliknya beratus ribu wang Balu Memali, wang Madrasah, Wang sumbangan yang diperkatakan dengan terperinci oleh C.N. AlAfghani di dalam bukunya seperti tidak ada apa-apa tindakan oleh pihak SPRM!

Kita berharap, agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab janganlah seperti hendak glamour sahaja dengan menerima bulat-bulat apa sahaja yang Didakwa dan Dituduh oleh Pembangkang sebagai Rasuah sana Rasuah sini, sebaliknya apabila melibatkan Penyelwengan dan Rasuah di pihak PAS, mereka lembat, lambat dan seperti menutup fail, kata penulis buku C.N. AlAfghani.


Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers