PENAMPILAN wanita berusia 25 tahun ini boleh dikatakan cukup berani kerana tidak kekok mendedahkan sebahagian tubuh badannya.
Namun, Nadia
Aqilah yang semakin dikenali sebagai seorang pelakon drama dan teater
tidak begitu ambil pusing dakwaan itu. Apa yang penting baginya, hasil
kerjanya diterima baik oleh umum.
Jika
diteliti, sudah banyak produk televisyen yang menampilkan dirinya
sebagai pelakon. Antaranya ialah Emil Emelda, Sindarella, Merah Putih
dan Tari Tirana.
Selain itu,
dia juga pernah bergiat dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical
pada tahun 2005 dan P. Ramlee The Musical pada tahun 2008.
Ditemui pada
majlis pelancaran album sulungnya, D.I.V.A di Studio Bentley,
Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, Nadia menegaskan bahawa
penampilannya tidak begitu seksi seperti dakwaan sesetengah pihak.
“Saya masih
menjaga penampilan agar tidak keterlaluan,” tegasnya. Selanjutnya dia
lebih teruja berbicara perihal album sulungnya itu.
Bercita-cita
untuk mengadakan konsert solo, penyanyi yang berasal dari Subang Jaya,
Selangor ini berasa puas kerana dapat menghasilkan album sulung setelah
sekian lama menanti.
Ujarnya, dunia lakonan dan persembahan teater juga sedikit sebanyak membataskan dirinya untuk tampil dengan album solo.
“Sebenarnya,
saya mula melibatkan diri dengan nyanyian sejak bersekolah lagi. Kini,
Lakefront Record selaku label syarikat rakaman yang telah merealisasikan
cita-cita saya untuk menghasilkan album.
“Album D.I.V.A menampilkan 10 lagu baru dan lirik hasil karya saya sendiri termasuk bekerjasama dengan komposer Daniel Veerapan.
“Saya
berterima kasih kepada pihak label kerana memberi peluang menghasilkan
album dan ini merupakan sebuah peluang yang amat saya nantikan,”
katanya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.