Sebelum ini Mynewshub pernah
menceritakan mengenai keakraban serta kemesraan di antara pelakon
berbakat besar Nabila Huda, 29, dan Nas-T yang ditunjukkan menerusi
gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
Hari ini menerusi Gua, Nabila atau lebih
dikenali sebagai Abil mengakui dia mencintai Nas-T atau nama sebenarnya
Nas Muammar Zar, 30.
“Kami merupakan sahabat baik yang ingin
membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T
sejak zaman remaja kami lagi.
“Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari,” katanya.
Abil juga menyatakan keserasian yang ada
di antara mereka berdua menyebabkan dia berasa senang dan selesa ketika
bersama jejaka yang popular menerusi drama bersiri Kami itu.
Semoga hubungan pasangan serasi ini
berakhir sehingga ke jinjang pelamin dan harapnya tuah menyebelahi Abil
dalam Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular
yang bakal diadakan Ahad ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.