Monday 1 April 2013

Nik Aziz GAGAL siri-2 - Kes rogol meningkat, HIV/AIDS tertinggi #TukarKelantan

KOTA BHARU 9 Sept (2011) . - Negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak. Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu. "Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu," katanya. Beliau ditemui selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Tok Panjang, Kedai Buloh, anjuran Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, di sini hari ini. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pangkalan Chepa, Dali Husin dan Pengerusi Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, Mat Hassan Jusoh. Mazlan sehubungan itu berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenangnya keluar bersama teman lelaki. "Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis mereka keluar berjumpa teman lelaki," katanya. Mengenai Ops Sikap Ke-24 di negeri ini yang berakhir 5 September lalu, Mazlan memberitahu, ia mencatatkan sebanyak 834 kes dengan 26 kematian.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers