Tuesday 2 April 2013

PEDASSS..!!! MAMPUKAH PAS KEDAH "BERNYAWA" LAGI SELEPAS INI..?

Nampaknya PAS Kedah makin teruk selepas memerintah Kedah selama 5 tahun. Makin hilang daya kepimpinan dan tidak lagi memberikan tumpuan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, khususnya di negeri Jelapang Padi itu.
Terbaru, Menteri Besarnya, Azizan Razak mengumumkan PAS Kedah tidak mempunyai sebarang janji baru pada PRU ke-13 ini. Dia memberitahu media baru-baru ini bahawa mereka hanya akan pakai janji lama saja yang ternyata banyak belum tertunai!
Dalam pada itu, dia sempat “balun” Menteri Besar Selangor yang pening menabur janji baru sedangkan janji-janji lamanya belum lagi ditunaikan. Tak ada jawapan balas dari Khalid “Gagap”, kah?

Saya mengundi di Kedah. Saya orang Kedah dan sangat mengecewakan bila Menteri Besar di negeri saya gagal segagal-gagalnya.
Bukan apa, selalunya apabila menang pilihanraya, sesebuah kerajaan itu akan berusaha dan bertungkus-lumus untuk menunaikan janji di dalam manifesto yang dicanang ketika berkempen sebelum pilihanraya diadakan.
Sudah menjadi tradisi bagi BN untuk menepati setiap inci manifesto yang dihebahkan kepada rakyat di dalam tempoh lebih kurang lima tahun atau sepenggal selepas mendapat mandat. Itu standard khidmat dan komitmen BN pada diri sendiri serta pada rakyat.
Tapi lain halnya pula dengan PAS Kedah. PAS Kedah boleh “carry forward” segala janji manifesto yang mereka tabur pada rakyat dulu seberapa lama yang mereka mahu. Kalau sepenggal tak dapat ditunaikan, mereka bawa ke penggal depan.
Cuba bayangkan jika PAS Kedah kalah pada PRU ke-13 nanti. Sudah tentu janji mereka takkan dapat ditunaikan lagi, bukan?
Apabila janji gagal ditunaikan, apakah kategori yang paling sesuai untuk kita golongkan mereka? PAS munafik? Kalau kita kata mereka munafik, nanti merah pula muka mereka marahkan kita. Jadi, apa hukum tidak menunaikan janji?
Sebetulnya, saya yakin bahawa Azizan sedar tentang pelbagai masalah yang dia hadapi ketika bergelar Menteri Besar Kedah selama lima tahun ini, terutama tentang masalah dalaman PAS Kedah dan pentadbiran Kerajaan PAS itu yang kacau bilau di dalamnya.
Setelah PAS menjajah Wisma Darulaman kira-kira lima tahun dulu, begitu ramai pak-pak lebai PAS yang “chempeghaa” menerobos masuk pejabat-pejabat kerajaan tanpa mempunyai kebolehan atau pengalaman memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Balak yang sepatutnya ditebang secara sistematik dan mengambil kira pelbagai aspek dan syarat telah “dirompak” ditarah habis-habisan sehingga lebih 15,000 hektar hutan simpan kekal di negeri itu gondol selicin-licinnya “dikerjakan” puak-puak PAS yang lahap.
KUIN yang dulunya sebuah kolej universiti yang menjadi kebanggaan rakyat kini berhutang lebih RM330 juta dan kampusnya yang konon-konon bertaraf 5 bintang di Kuala Ketil rupa-rupanya tidak ada asrama. Pelajar tidur dipaksa dalam bilik kuliah!
Mungkin Azizan tidak punya janji lagi untuk dijual kepada rakyat kali ini. Tapi dia lupa bahawa dia boleh menjanjikan satu kejutan kepada seluruh penyokong-penyokong PAS di negeri Jelapang Padi itu.
Azizan boleh berjanji bahawa dia akan mencantas mana-mana pemimpin PAS Kedah yang cuba menggulingkannya sebagai “Boss” PAS di Kedah. Antara yang menjadi mangsa ialah Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha, Dr. Ismail Salleh dan konco-konco mereka.
Selain itu, jangan lupa untuk memberitahu bahawa PAS akan merampas banyak kerusi DUN dan Parlimen yang dikuotakan untuk PKR dan DAP. Bukan lagi rahsia bila para penyokong PAS “berperang” dengan penyokong PKR kerana berebutkan kerusi dan nak jadi calon PRU!
Itu belum lagi diceritakan tentang huru-hara di dalam Wisma Darulaman di mana ada beberapa “taiko” muda PAS yang nak tunjuk kuasa mengalahkan Menteri Besar! Malah ada salah seorang dari pemimpin muda PAS pernah menumbuk seorang KCS!
Padanlah Azizan kerap benar dimasukkan ke hospital. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jantungnya sakit dan perlu diperiksa doktor. Itu pun Azizan belum sedar ada pemimpin kanan PAS Kedah yang kutuk dia “pakai 3 silinder” saja untuk hidup! PAS Kedah makin parah…
 
azizan_sakit

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers