Saya tak hairan apa pun yang pembohong tu kata.
Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia bernama Zulkifli Nordin ini
sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap
di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu, satu laman web yang saya
percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan Zulkifli Nordinlah yang
paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar ditangkap
Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu pertemuan dengan Almarhum
Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli menayangkan-nayangkan dirinya sebagai
pemimpin Reformasi menggantikan Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah
seorang tokoh yang kemudiannya menjadi bisan Ustaz Fadzil.
Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.
Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan
perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya
Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di
Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh
orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun
Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau
tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang
PAS jadi Naib Presiden parti itu.
Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS.
Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin
datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak
berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.
Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata
kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!"
Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin
hanya tersenyum sahaja.
Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang
dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu
tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.
Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.
Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz
Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya
Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan
pemberita di sekitar markaz itu.
Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".
Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"
Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".
Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"
Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum di
kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang
ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.
Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.
Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara
itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin
ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis
Syura Ulama PAS.
Dipetik dari blog:
Tuesday, 2 April 2013
Pendedahan siapa Zulkifli Nordin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.