AISHAH... Calon Pas di Parlimen Jempol
KUALA LUMPUR 4 April - Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman mengenainya
dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut
dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam
tadi.
Bagaimanapun, Aisah yang cuba dihubungi Utusan
Online tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas
(SMS) yang dihantar sehingga kini tidak dibalas.
Sementara
itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan
pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada
pilihan raya umum akan datang.
"Berderau darah saya.
Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah
sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada
Antara Pos hari ini.
Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13. - UTUSAN ONLINE
Ps:
agaknya... bergelora juga jiwa Arbaiyah apabila penyanyi janji manismu
dicalonkan dan dirinya masih terkantoi-kontai perasan dirinya juga
sangat layak jadi calon!!!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.