Monday, 1 April 2013

Terkini!!!M. Kulasegaran Perang Besar dengan Penyelarasnya, R.K Muthu???

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berperang besar dengan Penyelarasnya, R.K Muthu apabila mereka saling tuduh menuduh dalam sidang media yang diadakan berasingan hari ini.
Bertempat di Pusat Perkhidmatan DUN Kepayang berlangsungnya sidang media kedua-dua mereka secara berasingan dengan ditemani penyokong masing-masing dalam suasana tegang. Kula membuat sidang media di dalam pejabat manakala R.K Muthu di perkarangan pejabat yang sama.
Semalam, kedua-dua mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ugutan bunuh.
Kula dalam sidang medianya berkata, beliau tidak mahu lagi menerima R.K Muthu dalam kepimpinan DAP kerana mendakwa tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
Beliau mendakwa, para penyokongnya juga sebulat suara tidak mahu meneruskan lagi perkhidmatan R.K Muthu sebagai penyelarasnya.
Sehubungan itu, Kula enggan mengulas lanjut kerana menganggap R.K Muthu sebagai 'orang luar' dan mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal menjelang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers