Kalau terdesak sangat tak perlulah begini.Rafizi Ramli,Pengarah Stratejik PKR bersusah payah hendak buktikan konon pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu ada kaitan dengan UMNO.
Beliau mengadakan sidang akhbar di ibupejabat PKR dengan membawa keluar salinan dokumen untuk tunjuk ketua penceroboh, Azzimuddie Kiram pernah menjadi Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1975.
Salinan dokumen berkenaan adalah senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah.
Dokumen itu catat Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.
Sebenarkan spekulasi mengenai Azzimudie kemungkinan pernah jadi ADO di Kudat sudah dilaporkan oleh media tempatan kebelakangan ini.
Namun cara Rafizi nak buat gempak terus dakwa macam kerajaan hendak menyembunyikan fakta ini.
Para wartwan yang hadir sidang akhbar itu sendiri garu kepala memikirkan bagaimana isu seorang yang dikatakan pernah jadi ADO di Kudat 38 tahun lampau hendak dikaitkan dengan UMNO.
Malah waktu itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri belum aktif dalam politik.
Najib baru bertanding kerusi parlimen Pekan pada tahun 1976 ekoran kematian Allahyarham Tun Abdul razak.
Juga UMNO hanya masuk ke Sabah sebagai sebuah parti pada awal 1990han.
Lebih melucukan bila ditanya kenapa cuba kait penceroboh dengan UMNO, Rafizi jawab sebab kebanyakan orang Sabah keturunan Sulu dan Bajau adalah ahli UMNO.
Apa lojiknya Rafizi cakap begitu.Bunyi macam desperado sangat hendak kaitkan UMNO.
Mungkin hendak counter isu gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sembang dengan Nur Misuari yang cetuskan pelbagai tandatanya kebelakangan ini.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL Agendadaily -20/3/2013
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.