Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang lawatan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Manila 2 hari sebelum kedatangan pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu mempunyai perkaitan yang mula dibangkitkan semula.
Persoalan itu mula dibangkitkan semula kerana ramai sudah tahu stail politik Anwar yang melakukan dua perkara iaitu menafi atau menyaman sebagai jalan pintas untuk menutup pertuduhan terhadapnya atau kroni-kroni yang melaksanakan arahnya daripada terus dibicarakan.
Anwar adalah Ketua Umum PKR, Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ‘komander’ setianya dari PKR dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) didakwa telah diarahkan ke Manila pada 7 Februari, dua hari sebelum pengganas Kiram mula bergerak menceroboh Lahad Datu.
Menurut Anwar, kehadiran kedua orang kanannya ke Manila untuk mengumpul maklumat mengenai ‘Manuel Amalilio’, seorang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina yang ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu atas kesalahan menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Selain ramai pihak mempertikai locus standi Tian Chua dan R Sivarasa dalam kes tersebut, blog sabahgroundzero menimbulkan beberapa persoalan lain.
“Kenapa mereka (Tian Chua & Sivarasa) pergi ke Manila dalam misi mencari fakta sedangkan hampir 99 peratus daripada mangsa yang ditipu oleh Amalilio berada di kawasan Mindanao dan Visayas (Selatan Filipina) ?
“Lagipun, pejabat Amalilio dan pusat operasinya terletak di Pagadian City, sebuah bandar yang jauhnya 1, 113 km dari Manila.
“Apa yang mereka sebenarnya lakukan di Manila?,”soal blog itu.
Menurut blog itu, Tian Chua dan R Sivarasa telah mengambil penerbangan malam Jumaat (7 Februari), tinggal di Manila pada hari Sabtu dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.