Sudah
lebih 10 tahun Hartina Kamaruddin meninggalkan keluarganya untuk
mengikut suami, Rajeswaran ke Australia dan menetap di sana
Kebimbangan
atas keselamatan anak menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk
berhijrah.
Sejak itu saya tidak pernah dengar suaranya dan bersua muka.
Saya sudah tidak ada perasaan langsung terhadapnya walaupun dia anak
saya.
Perasaan rindu sudah tidak wujud lagi di dalam diri saya. Kalau kata sayang... saya lebih sayangkan Islam berbanding anak saya.

Di dalam usia yang hampir mencecah 60, tidak ada
apa lagi yang diharapkan, hanya menumpukan kepada ibadat dan mengukuhkan
keimanan. Soal anak yang telah jauh perginya, biarkanlah itu takdir
Tuhan.
Bukannya tidak berusaha untuk memulihkannya, malah lebih daripada
itu telah dilakukan. Dihina, dipukul, semuanya sudah dilalui namun
inilah yang dikatakan takdir.
Setiap saat doa kami tidak pernah berhenti agar dia kembali kepada Islam. Dan jauh di sudut hati ini dapat merasakan, dia akan kembali kepada kami dengan kepercayaan asalnya suatu hari nanti.

Selagi Tina masih di dalam keadaan sekarang,
saya tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya atau mengharapkan dia
kembali.
Hati emak Tina, Kalsom Ghani memang sudah cukup keras untuk dicairkan. Pujuklah apa saja, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Dia hanya akan mengaku anak setelah Tina memeluk Islam.

Selagi masih memegang kepada kepercayaan baru dia tidak akan mengingati
malah tidak mahu ambil tabu langsung tentang anak kesayangannya itu.
Dulu, Tina adalah anak yang paling disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Bayangkanlah jarak usia antara Tina dengan adiknya Azliza adalah enam tahun.

Dia memang manja dan kami sayang sangat pada dia.
Kini, dialah yang paling dibenci sekali sampaikan emaknya yang
mengandung dan melahirkannya pun tidak mahu menyebut nama Tina.
Sudahlah saya tidak mahu fikir-fikir lagi tentang dia tapi jika dia kembali ke Malaysia dengan Islam, saya terimanya dengan sepenuh hati.

Bukan sedikit onar yang telah dibuat oleh Tina kepada keluarga. Dah
banyak kesengsaraan yang ditanggung hanya untuk mempertahankan akidah.
Mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1996 memang amat menyakitkan. Namun digagahkan hati untuk bercerita sebagai teladan kepada ibu bapa yang lain.

Kepercayaan saya pada Tina memang tidak
pernah berbelah bagi apabila dia mendapat tawaran bekerja di bank di
Jalan Klang lama, saya izinkan. Malah saya belikan dia sebuah rumah di
Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama supaya dia tidak perlu menyewa.
Setiap kali ada kesempatan, saya dan isteri akan berkunjung ke rumahnya
untuk melihat keperluannya.
Semuanya berjalan seperti biasa. Tina anak yang taat, sembahyang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Tidak ada satu pun perlakuannya yang mencurigakan saya. Dia
tetap macam dulu-dulu ketika masih tinggal dengan saya di Kampar.
Cuma
hubungan jadi renggang sikit kerana berjauhan. Saya percaya penuh
kepadanya dan tidak pernah terfikir pada perkara yang lain.
Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang yang boleh dikatakan berpangkat, bertanyakan tentang Tina. Saya kenal lelaki itu adalah salah seorang yang berpengaruh juga di Perak berbangsa India.

Ketika lelaki
itu bertanya tentang Tina dan pernah terlihatnya di dalam satu majlis
keagamaan, perasaan saya sudah tidak sedap. sebelum lelaki itu melangkah
pergi, dia sempat berpesan supaya hati-hati dan tolonglah
tengok-tengok sikit keadaan Tina di Kuala Lumpur.
Ketika itu terasa
berderau darah naik ke muka, perasaan jadi tidak menentu.
Sebenarnya seminggu sebelum lelaki itu bertemu dengan saya, Tina ada pulang ke rumah iaitu pada hari raga. Kami sembahyang jemaah bersama sama, tidak ada perubahan.

Setelah Tina kembali ke Kuala Lumpur barulah
lelaki itu bertemu dengan saya untuk memberi klu bahawa ada sesuatu
yang tidak kena akan berlaku kepada Tina.
Selepas pertemuan dengan lelaki itu, saya terus mengambil keputusan bersama isteri untuk ke Kuala Lumpur melihat keadaan Tina.

Semasa saya sampai di rumahnya,
dia tidak ada di rumah. Dengan menggunakan kunci pendua, saya masuk ke
dalam rumahnya.
Bila petang barulah Tina balik tapi bersama seorang
lelaki berbangsa India. Selama ini saya tidak tahu pula ada lelaki
tinggal dengan Tina.
Lelaki itu kata Tina adalah isterinya, pelik pula
bila masanya mereka menikah.
Kemudian Tina tunjukkan surat sumpah yang mengatakan bahawa dia sudah tidak mempraktikkan lagi ajaran Islam dan telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran.

Sijil
pendaftaran menunjukkan, perkahwinan berlangsung pada 24 Mac 1996.
Luluh hati saya mendengarkan pengakuan itu.
Bagaimana anak yang saya
bela selama 21 tahun tiba-tiba mengambil keputusan sendiri menukar
pegangan hidup.
Ketika kejadian itu. usia Tina 21 tahun seminggu. Bila saya membuat laporan di balai polis, mereka kata tidak boleh buat apa-apa kerana usianya sudah 21 tahun dan berhak untuk buat keputusan.

Saya balik semula ke Kampar mencari surat beranak Tina tapi
tidak ada. Barulah saya perasan, beberapa minggu sebelum itu, Tina
pulang ke rumah kerana bercuti selama seminggu.
Mungkin ketika itu dia
sedang menyiapkan segala dokumen untuk pertukaran nama.
Saya laporkan pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tentang Tina. Semasa mereka mengadakan majlis kahwin di rumah Rajeswaran di Mambang Di Awan, JAIP datang menangkap Tina.
Dengan takdir Tuhan, saya akhirnya berjaya membawa keluar Tina lalu membawanya ke Kelantan.
Tujuan saya untuk mencari tempat perlindungan bagi Tina kerana setiap pergerakan saya sentiasa diekori. Saya rasa tidak selamat jika menyimpan Tina di Perak.

Sampai di Kelantan, hati saya tidak dapat menahan marah.
Saya pegang parang yang saya bawa dari Kampar. Kali ini saya memang
nekad untuk menetak Tina sampai cacat.
Saya bukan hendak membunuh tetapi
hanya hendak mencacatkannya agar lelaki itu tidak mahu lagi kepada
Tina.
Mujurlah isteri dan adik-adik sempat menyabarkan, saya sejuk kembali dan tidak jadi menetak Tina.
Selama 11 hari saya dan keluarga duduk menumpang di rumah seorang kenalan sementara mencari rumah perlindungan untuk memulihkan akhlak Tina. Setelah diberi air penawar dan berubat secara Islam, Tina kembali sembahyang.

Bagaimanapun atas desakan kewangan dan masing-masing perlu
bekerja, kami sepakat untuk ke Pulau Pinang, rumah adik ipar saya.
Adik ipar saya berjanji akan menjaga Tina. Saya memberi keizinan kerana memikirkan Tina sudah berubah. Saya balik semula ke Kampar dan meneruskan perniagaan sate yang telah ditinggalkan sejak dua bulan lalu.

Beberapa hari saja berada di bawah jagaan adik ipar, Tina dilarikan
lagi. Sejak hari itu saya tidak pernah bertemu lagi dengan Tina.
Saya masih cuba berusaha untuk kembalikan Tina kepada keluarga walaupun tidak tahu di mana dia tinggal. Saya terpaksa meminta adik saudara yang berniaga, di Kuala Lumpur mengintip Tina untuk mengetahui tempat tinggalnya.

Setelah pasti dimana dia tinggal, saya melaporkannya
pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkapnya pada 1998
kerana lelaki itu telah menggugat akidah anak saya.
Polls dan JAIS
menetapkan 15 September 1996 untuk menyerbu rumah tersebut.
Bila nampak kami datang lelaki itu terus bawa Tina ke bilik dan menguncinya. Lelaki itu tidak berganjak dari pintu bilik itu.

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.