Mantan Perdana Menteri Mahathir terkenal dengan sikap diktaktornya selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan Malaysia.
Semua
institusi "rebah dan tumbang" di kakinya. Samada Badan Kehakiman,
Raja-Raja Melayu dan segala yang ada di negara ini. Hebatnya Mahathir.
Tragedi
Memali berlaku di era pemerintahannya. Kerana ego,sombong dan angkuh,
hingga kini tiada sepatahpun ucapan maaf dari mulutnya atas tragedi
tersebut.
Setelah
bersara dari PM, perangai ego,sombong dan angkuh tetap menjalar pada
dirinya. Mengkritik Pak Lah hingga sanggup keluar UMNO buat seketika.
Dalam
keangkuhan dan kesombongan beliau ada dua peristiwa yang memalukan
beliau yang tentunya membara dendam dalam kalbunya iaitu :
i) Dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO.Merempat dan mengemis sekejap Mahathir atas pentas PAS.
ii) Dinafikan untuk mewakili UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO zaman Pak Lah jadi PM.
Walaupun
begitu,perangai dan wajah "hodoh" Mahathir tetap menjelma di alam
politik kini. Tugasnya sekarang untuk menaikkan anaknya Mukhriz ke
persada politik negara. Matlamatnya agar Mukhriz dapat menduduki Seri
Perdana sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimanapun, masa sudah tidak cukup buat beliau. Apa sekalipun, mesti anaknya jadi PM sebelum beliau mati.
Berbeza
dengan Pak Lah. Menantunya Khairy yang menetapkan umur 35 tahun mahu
ditabalkan menjadi PM Malaysia yang termuda.Malang bagi Khairy, dia
sekadar mengemis ehsan PMNajib dan Rosmah. Khairy tiada seni dan bakat
membodek!
Dalam
keangkuhan ,kesombongan dan keegoaan Mahathir, akhirnya beliau "menyerah
diri" kepada Rosmah. Pelik bukan ? Beliau dengan "rebah" di kaki Rosmah
akhirnya. Membodohkan diri dengan pengisytiharaan agar buku biografi
Rosmah digunakan(macam buku teks?) untuk sekolah-sekolah Malaysia.
Inilah
martabat terendah Mahathir!. Inilah "pembodekkan teragung" dari seorang
mantan PM yang pernah kuasai politik Malaysia selama 22 tahun.
Mahathir
gagah untuk kalahkan dan lagakan musuh politiknya. Musa Hitam, Ghafar
Baba dan Anwar semuanya tumbang akibat licik politik Mahathir.
Tetapi Mahathir akhirnya tumbang juga. Bukan di tangan lelaki. Tetapi di kaki seorang wanita.
Hinanya Mahathir dan hebatnya Rosmah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.